Tuesday, October 8, 2013

Abacus International Jalin Pakatan Dengan Malindo Air


Abacus International, penyedia utama perkhidmatan dan penyelesaian perjalanan Asia Pasifik, Isnin mengumumkan perkongsian pengedaran dengan syarikat penerbangan Malaysia, Malindo Air.

Syarikat penerbangan tambang rendah baharu itu dimiliki secara bersama oleh National Aerospace and Defence Industries dan syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air.

Malindo Air memulakan operasinya pada 22 Mac tahun ini dengan tiga pusingan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching. Syarikat ini memperluaskan dengan perkhidmatan baharu ke Dhaka, Bali, Jakarta, Kota Bharu, Langkawi, Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru, Pulau Pinang, Sibu dan Miri.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu menyatakan bahawa perkongsian berkenaan merupakan satu lagi perkembangan bagi Abacus dalam menyampaikan kandungan syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) yang baharu kepada ejen pelancongan menggunakan teknologi inovatif syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata ejen pelancongan kini mempunyai saluran yang lebih fleksibel untuk mendapatkan tambang yang terbaik daripada syarikat penerbangan menggunakan sistem Abacus.

Ini kata beliau, bersama-sama kemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan seperti filem dalam penerbangan, makanan ringan dan bagasi tambahan.

"Memandangkan kami memperluaskan kumpulan pesawat dan laluan kami melangkaui tahap sekarang, ejen pelancongan dengan Abacus System boleh mendapatkan akses segera kepada pelbagai tambang, jadual dan inventori yang paling menyeluruh," katanya.

Tempahan di Abacus System, yang meningkat 80 peratus dalam jumlah semasa suku pertama dan kedua 2013 berbanding dengan tempoh yang sama, mencerminkan skala permintaan dalam perdagangan serantau. Ejen berkenaan boleh membandingkan dan menempah penerbangan tambang rendah dan membolehkan pengembara mengakses jadual penerbangan mereka dalam talian dan melalui peranti mudah alih.

Malindo Air memulakan operasinya pada 22 Mac tahun ini dengan tiga pusingan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching. Syarikat ini memperluaskan dengan perkhidmatan baharu ke Dhaka, Bali, Jakarta, Kota Bharu, Langkawi, Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru, Pulau Pinang, Sibu dan Miri.

No comments:

Post a Comment