Tuesday, October 8, 2013

CubaanTtiga Penjenayah Larikan Mesin ATM Di Kemaman Gagal

Mesin ATM yang gagal di larikan perompak dalam kejadian awal pagi tadi di Chukai, Kemaman.
Tiga penjenayah berputih mata apabila cubaan mereka untuk melarikan mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah bank di Chukai, Kemaman awal pagi semalam gagal.

Gerakan memburu ketiga-tiga suspek sedang dijalankan oleh polis danorang ramai yang mempunyai maklumat diminta agar tampil membantu siasatan.

Kejadian kira-kira jam 4.19 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya berdekatan setelah beliau terdengar bunyi alat penggera keselamatan dari bank berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, sebaik mendengar bunyi berkenaan, pengawal keselamatan yang berusia 26 tahun itu bergegas ke arah bank dan melihat beberapa individu melarikan diri.

Beliau berkata suspek melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi yang memecut ke arah Kuala Terengganu sebelum pengawal itu menghubungi polis.

"Penjenayah dipercayai telah mengikat mesin ATM itu dengan tali dan menariknya dengan kereta. "Mesin berkenaan terletak bertentangan dengan pintu masuk bank dan dipercayai ketika menarik mesin itu, penjenayah terkejut dengan alat penggera yang berbunyi dan ini mematahkan cubaan mereka untuk melarikan mesin itu," kata anoharan kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Mereka menarik mesin itu kira-kira satu meter dari tempatnya.

Manoharan berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), didapati seorang suspek berada di dalam bank manakala dua lagi yang bertopeng dan bersarung tangan menunggu di luar.


No comments:

Post a Comment