Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Kemaman pada pemilihan Umno bahagian itu Sabtu dengan kemenangan besar.
![]() |
Ahmad Nizam |
Jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimenangi Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian, penyandang Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid memperoleh 445 undi menewaskan pencabarnya, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar yang meraih 347 undi.
Pengerusi Tetap Bahagian Kemaman kekal disandang Razali Jusoh yang mendapat 750 undi berbanding pencabarnya, Mohamad @ Khalid Karim (53 undi) manakala penyandang Timbalan Pengerusi Tetap Yahaya Mamat memperoleh 458 undi bagi menewaskan pencabarnya, Mohd Ruzilan Abdullah (297 undi).Ahmad Said kekal jawatan
Pemilihan berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Daerah Kemaman di Chukai semalam.
Proses pengundian pada pemilihan Umno Bahagian Kemaman bermula pukul 11.20 pagi berlangsung dengan lancar.
Sebanyak 863 perwakilan mengundi kali ini.
No comments:
Post a Comment