Ismail Sabri |
Husni Hanadzlah |
Antaranya ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kekal menerajui UMNO Bahagian Bera dengan 278 undi menewaskan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Azizan Che Omar yang mendapat 103 undi.
Turut meraih kemenangan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menang tanpa bertanding di Jeli;
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Tambun); Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, (Kemaman) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Muttalib pula menang besar di Maran apabila mendapat 518 undi berbanding pencabarnya, Muhamad Abdullah yang hanya memperoleh 71 undi. Turut mengekalkan kedudukan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di Pasir Salak; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Helmi Yahya (Balik Pulau), Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Sri Gading); Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri (Ledang).
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang Timbalan Ketua UMNO bahagian Temerloh tewas mengejut kepada pencabarnya, Nor Azmi Mat Ludin yang membuat kemunculan semula selepas lima tahun.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau; Menteri Besar Perak; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Lumut) manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (Kemaman).
No comments:
Post a Comment