Ahmad Said dan isteri melawat keluarga pelumba yang maut semalam - Gambar TV3 |
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata penambahbaikan itu penting bagi mengelak insiden kemalangan maut melibatkan pelumba negeri, Mohamad Asmu'i Ali, 20, semalam tidak berulang pada masa depan.
"Saya difahamkan mereka telah mengikut standard prosedur yang ditetapkan tapi malang tidak berbau kemalangan itu tetap terjadi itulah yang dikatakan takdir, dah sampai masa dan sampai giliran dia...kira redha.
"Walaupun kita sentiasa memberikan peringatan namun perkara ini tidak dapat dielakkan dan masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengunjungi rumah keluarga Allahyarham Mohamad Asmu'i Ali di Kampung Dusun, Kuala Ibai di Kuala Terengganu hari ini.
Mohamad Asmu'i maut akibat cedera parah digilis van pengiring setelah terjatuh di Kilometer 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai pada kira-kira 11 pagi semalam.
Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang wajar diberikan kepada keluarga Allahyarham bagi menghargai sumbangan dan jasanya dalam sukan lumba basikal.
"Saya ucapkan takziah kepada keluarga Asmu'i dan harap keluarganya bersabar. Negeri (Terengganu) juga kehilangan seorang pelumba basikal yang berbakat dan akan mewakili Terengganu ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Perlis," katanya.
Ahmad Said , yang ditemani isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud, turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Alias Hashim berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak persatuan jika memerlukan polis pengiring.
"Saya harap akan ada satu perjumpaan yang membabitkan pihak polis trafik dengan pihak MSNT bagi membincangkan mengenai perkara ini," katanya.
No comments:
Post a Comment