Saturday, October 12, 2013

Bantah TPPA - Gagal Di Forum, Cikgu Bard Anjur Perhimpunan Haram Di KLCC

Tiada sambutan...ceramah Anwar yang dihadiri tidak sampai  300 orang.
Badrul Hisham Shahrin yang lebih dikenali sebagai Chegubard yang malu kerana majlis ceramah dianjurkan olehnya bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) malam kelmarin tidak mendapat sambutan, semalam menganjurkan perhimpunan haram di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Malam kelmarin beliau cuba menarik perhatian orang ramai supaya hadir pada satu majlis untuk bantahan berkenaan.

Namun walaupun  kehadiran ketua pembangkang, ceramah menentang TPPA malam kelmarin gagal mengumpulkan ramai khalayak.

Malah, tidak sampai 300 orang hadir untuk mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim - suasana yang berbeza sama sekali dengan perhimpunan sejurus selepas pilihan raya umum yang menyaksikan lautan manusia.

Sebagai pengajur sudah pasti Badrul Hisham kecewa lalu menganjurkan perhimpunan haram di KLCC selepas solat Jumaat semalam.

"Kita kena faham, selepas pilihan raya, ramai aktivis tidak lagi berminat dengan ceramah.

"Ramai rakan-rakan yang tidak mendengar ceramah tetapi akan turun ke jalan raya," katanya kepada  malam semalam ketika diminta mengulas tentang sambutan suram terhadap ceramah itu.

Dr Jeyakumar berucap kepada peserta perhimpunan.
Untuk menutup kegagalan bantahan melalui ceramah, satu kumpulan yang dipimpin Badrul Hisham semalam berarak dari Masjid As'Syakirin di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat menuju ke KLCC.

Badrul Hisham menjadi Penyelaras Bantah TPPA, Anas Alam dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Yang turut hadir termasuk pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar mengambil bahagian dalam demo berkenaan.

Ia diadakan bagi tujuan sama iaitu mendesak kerajaan agar tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Demonstrasi berkenaan tetap berlangsung walaupun hujan lebat turun.

Ia juga diadakan bagi membantah lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry yang tiba di negara ini bagi mendesak kerajaan Malaysia menandatangani perjanian berkenaan.

"Kami di sini kerana kami marah dengan terma-terma yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

"Ia hanya memberi keuntungan kepada syarikat multinasional di negara ini. Rakyat akan menderita jika kerajaan menandatangani TPPA," kata Dr Jeyakumar.

Bagaimanapun, demonstrasi berkenaan terpaksa dihentikan apabila pegawal keselamatan daripada KLCC meminta kumpulan berkenaan bersurai daripada tempat tersebut.

Walaupun Malaysia masih belum menandatangani perjanjian TPPA, beberapa NGO mendakwa kerajaan telah berunding dengan Amerika Syarikat sebanyak 19 kali namun semua itu tidak dapat dipastikan hingga kini.

TPPA, satu perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh 13 negara termasuk Malaysia, merupakan perjanjian yang bertujuan menangani isu-isu dagangan baharu Alaf ke-21.

Dua belas  Ahli TPP yang lain ialah Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Sumber mStar & Malaysiakini 

No comments:

Post a Comment