"Saya melihat kaedah serta penyusunan yang dibuat Jawatankuasa Pemilihan Umno bagi melancarkan pemilihan hari ini berjalan dengan baik dan semua prosedur yang diputuskan dari sudut pengagihan kertas undi, peti undi dan tempat mengundi juga diurus dengan baik," katanya kepada pemberita di Alor Gajah.
Ab Rauf sebelum itu meninjau perjalanan mesyuarat dan pemilihan Puteri Umno Masjid Tanah di Sekolah Agama JAIM Paya Rumput.
"Para perwakilan diharap menjalankan tanggungjawab sebagai anggota parti memilih pucuk pimpinan dengan amanah yang diberikan, maka lakukan yang terbaik untuk parti, agama, bangsa dan negara," katanya.
Beliau berkata calon yang tidak terpilih pula diharap akan menerima keputusan yang dibuat para perwakilan.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membuang undi di Umno Bahagian Kepong. |
Para perwakilan mengangkat tangan ketika mengundi 10 wakil Wanita Umno yang akan mewakili sayap parti ke pemilihan minggu hadapan di ,Dewan Hang Kasturi Selandar Alor Gajah, Melaka.
Mengulas kedudukan anggota Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil Haron Abdullah yang namanya terdapat dalam senarai calon layak bertanding merebut jawatan ketua bahagian walaupun telah menarik diri, Ab Rauf berkata ibu pejabat Umno belum menerima surat penarikan diri calon berkenaan.
"Ibu pejabat hanya dimaklumkan menerusi siaran akhbar, saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut dari badan perhubungan Umno negeri...kita (Umno) akan lihat dari sudut kesahihan penarikan diri, kalau berlaku dalam tempoh yang dibenarkan, kita akan berikan pertimbangan khas," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Melaka Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin dilaporkan berkata pihaknya telah mengesahkan penarikan diri Haron menerusi surat makluman berhubung perkara terbabit yang dihantar ke Ibu pejabat Umno pada 24 September.
mStar Online
No comments:
Post a Comment