Sunday, October 27, 2013

BN Mampu Rampas Sungai Limau


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang dianggap kubu kuat Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.

Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan kejayaan parti itu mengambil alih pentadbiran negeri ini daripada Pas pada Pilihan Raya Umum lalu.

"Ada orang kata BN tidak boleh menang, ini (Sungai Limau) kubu Pas. Saya kata Kedah dulu pun diperintah Pas tetapi Alhamdulillah kita diberi keyakinan, kepercayaan dan rezeki, akhirnya Pas sudah diganti," katanya.

Beliau berkata demikian pada Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Lembaga Pembangunan Pertanian Muda bersama Timbalan Perdana Menteri di Bukit Besar di Yan semalam.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan antara calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dengan calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat.

No comments:

Post a Comment