Gambar fail menunjukkan suspek yang cedera digari sebelum dibawa ke HKL untuk rawatan akibat dibelasah orang ramai. |
Sumber berkata, penagih dadah berusia 26 tahun tersebut kini diletakkan di bawah pengawasan Unit Psikologi dan Kaunseling Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memastikan tahap kesihatan mentalnya yang dikatakan mengalami gangguan.
Katanya, setakat ini siasatan kes sudah hampir 50 peratus dengan polis telah mengambil keterangan daripada ramai saksi bebas yang melihat kejadian itu di dua tempat berkenaan.
Bagaimanapun katanya, keterangan daripada suspek yang berasal dari Segamat, Johor itu masih belum direkodkan memandangkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
“Doktor di HKL mengesahkan kepada kita suspek merupakan seorang penagih dadah selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya menunjukkan keputusan positif.
“Setakat ini, tidak banyak yang diketahui mengapa suspek bertindak demikian namun siasatan awal mendapati selain mengalami masalah mental, dia juga mendakwa sering mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan pembunuhan atas sebab-sebab yang belum dapat dipastikan lagi,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
No comments:
Post a Comment