Ahli Dewan Undangan Langkap, Datuk Sabri Mohd Nor (
berbaju oren)bersama lebih 100 penduduk termasuk Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan itu hadir menjayakan Program Korban Perdana Parlimen Setiu dan Dun Langkap, yang diadakan di Pekan Sungai Tong, Setiu, kelmarin.
Sabri berkata, sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan pada program yang bertujuan untuk menyempurnakan ibadah korban dan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama penduduk itu.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkify Jusoh dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Setiu yang baru dilantik, Wan Nasiah Wan Majid.
No comments:
Post a Comment