Friday, October 18, 2013

Idris Janji Terus Bantu Umno Bahagian Besut

Datuk Seri Idris Jusoh berjanji tidak akan meminggirkan UMNO Bahagian Besut malah akan terus membantu kepimpinan baru bahagian itu walaupun tidak lagi menjadi Ketua Bahagian selepas pemilihan parti 19 Oktober ini.

"Soal saya akan berada dalam jawatan nombor tiga selaku Naib Ketua Bahagian, tidak menjadi masalah bagi saya untuk terus bekerjasama dengan pimpinan baru bahagian itu nanti", katanya.

Menurutnya walaupun tidak memegang jawatan Ketua Bahagian beliau masih lagi menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan mampu memberikan sumbangan yang terbaik dalam memajukan parti mengikut kehendak ahli.



Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata keputusannya tidak mengekalkan jawatan ketua bahagian kerana ingin memberi peluang kepada pelapis muda menerajui bahagian itu selaras dengan hasrat pemimpin parti untuk meremajakan Umno.

Jawatan ketua bahagian itu kini disandang oleh Anggota Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, setelah seorang lagi calon bagi jawatan itu Adun Jerteh Pehimi Yusof menarik diri.

Pada pemilihan Umno 2013 esok,  Idris bertanding di peringkat Ahli Majlis Tertinggi (MT).

No comments:

Post a Comment