Kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Merujuk langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuat kuasa hari ini Najib berkata langkah itu sebenarnya baik, memandangkan subsidi gula adalah membazir.
Rakyat Malaysia perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan mereka.
"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula.
Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri.
"Ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan kita mesti terus memberitahu rakyat perkara yang betul dan benar.
Akhirnya, mereka akan menerima," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2013 Parti Gerakan di Menara PGRM di Kuala Lumpur, semalam.
Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Jumaat, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.
Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di sebalik keputusan itu.
"Kita mesti terus mengulangi mesej berulang-ulang kali kerana pembangkang akan melakukannya (menentang langkah yang diambil kerajaan).
"Mereka akan berkata perkara yang sama berulang-ulang kali kerana pembohongan yang buat berulang-ulang akan diterima (secara silap) sebagai benar," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap pemansuhan subsidi gula itu akan menjurus kepada penurunan kes diabetes pada masa depan
"Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu simposium mengenai imunologi di sini.
No comments:
Post a Comment