Tuesday, October 8, 2013

JBPM Perkenal Kursus Kebombaan Peringkat Tertinggi


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperkenal kursus kebombaan peringkat tinggi kepada pelatih dari rantau Asia Tenggara, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim

 Beliau berkata kursus yang bakal berpusat di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di Marang, Terengganu itu akan melibatkan penggunaan peralatan terkini dan pengenalan kepada pemadaman membabitkan bahan kimia serta gas.

"Sepanjang kursus itu pelatih akan didedahkan dengan kelengkapan terkini dan canggih yang jarang dimiliki negara lain serta boleh melakukan latihan dengan berkualiti," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan tamat latihan Kursus Asas Sijil Sains Kebombaan di Akademi Bomba Wakaf Tapai di Marang, semalam, beliau berkata kursus dua minggu itu menyasarkan 30 hingga 40 pelatih dari luar negara bagi satu-satu masa dengan kos RM90 sehari.

Antara negara yang bakal menghantar pelatih kebombaan ialah Maldives, Brunei, Vietnam dan Kemboja, katanya.

Mohd Nor berkata peserta akan didedahkan dengan kaedah pemadaman menggunakan simulator bangunan tujuh tingkat bernilai RM40 juta.

Kursus peringkat tertinggi ini turut dibuka kepada seluruh warga Malaysia dengan kadar bayaran yang rendah.

No comments:

Post a Comment