Sunday, October 6, 2013
KBS Akan Syor SOP Untuk Pelumba Basikal - Khairy
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengesyorkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pelumba basikal negara selepas mendapat laporan penuh berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pelumba remaja Terengganu, Rabu lepas.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuhdaripada pihak persatuan sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya dalam insidenterbabit.
"Saya tidak mahu mendahului siasatan...biar kita tunggu hasil siasatan sebelum membuat apa-apa rumusan," katanya ketika menziarahi keluarga pelumba pelapis kebangsaan Mohd Asmu'i Ali @ Awang, 20, di Kuala Terengganu, semalam.
Menurutnya, selepas mendapat hasil siasatan pihaknya akan mengesyorkan satu SOP yang lebih selamat untuk atlet berbasikal. Kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa hendak mengambil air daripada van pengiring sebelum dikatakan terjatuh dan dilanggar oleh van berkenaan di KM71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.
No comments:
Post a Comment