Sunday, October 6, 2013

Cabaran Sultan Mizan Cup 2013 Bermula.


Sultan Mizan Zainal Abidin bersama 49 peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2013 dilepaskan tepat jam 5 petang tadi di Taman Kuda Lasak, di Lembah Bidong.

Dengan bermulanya “Flag Off” yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said itu, bermulalah cabaran perjalanan kuda lasak sejauh 120 kilometer yang dijangka berakhir jam 6 pagi esok di tempat yang sama.


Kejohanan yang turut disertai negara Thailand, Indonesia dan Argentina itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$5 ribu kepada juara.

Turut hadir pada majlis pelepasan peserta itu ialah Speaker Dewan Rakyat,


Zubir Embong, Pegawai Daerah Setiu dan beberapa exco kerajaan negeri.



Teganukita

No comments:

Post a Comment