Kerajaan negeri akan menganjurkan Program Candat Sotong Sedunia dalam usaha menarik pelancong luar negara mengunjungi serta melihat keistimewaan yang ada di sini sebagai satu destinasi pelancongan terbaik dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee berkata, program ini dijangka akan diadakan pada Mei hingga JUlai tahun depan dan penyertaan terbuka kepada semua wakil media dari seluruh dunia.
“Kerajaan akan membuat jemputan kepada wakil-wakil media dari dalam dan luar negara untuk menyertai program ini dan penyertaannya adalah percuma,” katanya kepada pemberita di Muzium Negeri Terengganu semalam. Hadir sama Pengarah Muzium Terengganu, Haji Mohd Yusof Abdullah dan Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT), Encik Ahmad Fathil Abd. Ghani.
Katanya, beberapa lokasi mencandat telah dikenal pasti iaitu Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Besut. Program progarm ini dijangkakan menelan kos RM500,000.
Bermula dari sekarang katanya, beberapa kawasan tumpuan pelancongan telah dinaiktaraf dari segi keselamatan , keceriaan, kebersihan di samping kawasan coral diperelokkan sesuai dengan kehendak pelancong.
“Beberapa resort dan hotel baru juga dijangka boleh memulakan operasinya tahun depan bagi menampung kedatangan pelancong yang mungkin bertambah dan pengangkutan dijamin mencukupi,” katanya.
Tambahnya , kerajaan akan membuat promosi secara besar-besaran untuk menarik para pengamal media dari dalam dan luar negara menyertai program ini serta menikmati keunikan program yang ditawarkan selama tiga malam empat hari itu.
No comments:
Post a Comment