Friday, October 11, 2013

Terengganu Bukan Penentu Nasib Mat Sabu - Hadi


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pencalonan enam kawasan di Terengganu tidak menggambarkan penyandang Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu tidak layak mempertahankan jawatan tersebut, pada Muktamar Pas ke-59.

"Terengganu bukan tentukan, mesti campur semua negeri di seluruh negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan mengenai  Mat Sabu yang tidak mendapat pencalonan di kesemua enam kawasan Pas negeri ini.

Mat Sabu telah dilantik menjadi Timbalan Presiden sejak 2011, apabila beliau berjaya mengalahkan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.

Dalam laporan media semalam, enam kawasan di negeri "penyu bertelur" itu termasuk Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah memilih Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nik Mohd Amar mendapat pencalonan daripada empat kawasan iaitu Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara di Kemaman dan Setiu.

No comments:

Post a Comment