Mohd Jidin dan Zulkify (tengah) sedang melapah kulit lembu. |
Lebih 100 penduduk dari beberapa kampung berhampiran hadir bergotong royong menjayakan Program Korban Perdana anjuran Parlimen Setiu, dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Dun Permaisuri di hadapan Masjid Kampung Banggol, Setiu, kelmarin.
Program yang turut di hadiri Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh dan Adun Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee itu bertujuan untuk memenuhi sunnah Rasulullah dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.
Mohd Jidin berkata, sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan pada program itu melalui peruntukan parlimen dan Dun itu.
Program yang menjadi acara tahunan itu dihadiri hampir semua wakil dari JKKK seluruh cawangan Dun Permaisuri, Pemuda, Puteri dan penduduk kampung sekitar
“Mereka semua dapat merasakan satu perasaan kesamaan bahawa bukan sahaja mereka yang menunaikan haji di Mekah yang merayakanya tetapi kita juga turut sama merayakan hari raya korban ini,” katanya
No comments:
Post a Comment