Pengguna laman sosial dan laman web yang menjadi mangsa pencerobohan perlu membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata,
mereka juga boleh membuat aduan mengikut Akta Perlindungan Peribadi bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan.
"Kita sedia maklum sesuatu maklumat peribadi adalah hak peribadi
masing-masing dan ia tidak boleh diceroboh oleh pihak lain," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan program Jelajah Astro Kasih Bersama Komuniti Kuala Berang semalam.
Pada Rabu lepas sistem e-mel dua buah sekolah rendah di daerah Setiu, dekat sini digodam apabila pihak sekolah menerima e-mel yang meminta borang kemas kini maklumat atau data guru.
Perkara sama turut dilaporkan berlaku di negeri-negeri lain sebelum itu.
No comments:
Post a Comment