

"Sentimen masyarakat Cina sekarang lebih baik kerana mereka sedar bahawa pilihan dulu (PAS) tidak tepat kerana mereka tidak mendapat apa-apa perkhidmatan atau tindakan daripada parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK DUN Sungai Limau di Dewan Dato' Madi, di Yan, semalam.
Liow berharap masyarakat Cina di DUN Sungai Limau membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti berikutan perkhidmatan dan tindakan kerajaan pusat dalam membantu dan menyelesaikan masalah setempat.
"Kini mereka (masyarakat Cina) lebih yakin dengan usaha kerajaan BN dan mereka juga tahu itu bukan sekadar omong-omong kosong tetapi ia telah dilaksanakan," katanya.
Liow berkata masyarakat Cina di DUN Sungai Limau kini lebih yakin dengan kerajaan BN yang berjaya merampas kuasa di Kedah daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.
"Masyarakat Cina tahu Kedah adalah kerajaan BN dan masalah tempatan yang dihadapi mereka dapat diselesaikan melalui wakil rakyat BN yang dapat menjalankan tugas bersama kerajaan pusat," katanya.
No comments:
Post a Comment