Tuesday, October 8, 2013

Pembayaran Awal Pencen Sempena Aidiladha

Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat Rabu ini sempena sambutan Aidiladha pada Selasa depan.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 10 hingga 31 Oktober 2013 boleh menunaikannya mulai 9 Oktober ini (esok).

Pesara yang dibayar menerusi Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank juga boleh menuntut bayaran pencen mereka di bank berkenaan juga mulai esok.

No comments:

Post a Comment