Saturday, October 5, 2013

PRK Dun Sungai Limau 4 November

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau bakal diadakan pada 4 November depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut, semalam.

 "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013. "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini (semalam).

"Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.



Menurutnya daftar pemilih tersebut mengandungi 27,222 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 27,220 pemilih biasa dan dua orang pengundi tidak hadir luar negara.

Namun kedua-duanya sudah pun pulang ke tanah air tetapi status mereka masih sama.

Berhubung penggunaan dakwat kekal pula Abdul Aziz berkata, PRK Sungai Limau nanti akan masih menggunakan dakwat kekal kerana penggunaannya tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu. 

Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Khamis lalu berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, Ahad lalu.

No comments:

Post a Comment