Saturday, October 26, 2013

Tembak Pegawai Ambank: Pengawal Larikan RM450,000, Tiga Ahli Keluarga Suspek Ditahan

Polis Selangor semalam mendedahkan, pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai wanita di dalam bilik kebal sebuah bank Rabu lalu telah melarikan RM450,000.

Selain itu, polis juga telah menahan tiga individu termasuk isteri suspek beberapa jam selepas kejadian. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga suspek iaitu dua saudara lelaki suspek dan isterinya itu ditahan di sebuah rumah di Kota Kemuning, dekat pada malam kejadian.

Polis berjaya mendapatkan semula wang kira-kira RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek, termasuk seorang wanita, berikutan serbuan di sebuah kedai di Subang Jaya pada Rabu

"Dua daripada mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka juga menggunakan MyKad palsu.

"Semua mereka yang ditahan adalah warga asing, dipercayai warga Indonesia," kata beliau sambil menambah, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa suspek utama, bersama-sama dengan kedua-dua pengawal keselamatan lain yang ditahan telah bekerja di Malaysia selama kira-kira dua tahun.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

No comments:

Post a Comment