Saturday, October 26, 2013

Liong Sik Bebas Tuduhan Menipu


Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini semalam daripada pertuduhan menipu Jemaah Menteri berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan pembelian tanah seluas 335.8 hektar bernilai RM1.088 bilion pada 2010.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan demikian terhadap bekas Presiden MCA itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Liong Sik, 70, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 17 tahun, sejak Januari 1986 hingga Mei 2003 menerima keputusan hakim dengan tenang.

No comments:

Post a Comment