Saturday, October 26, 2013

Terengganu Jadikan Pendidikan Sebagai Pelaburan


Kerajaan negeri berhasrat menjadikan bidang pendidikan sebagai pelaburan penting bagi membangunkan potensi setiap masyarakat agar dapat merelisasikan wawasan untuk menjadikan Malaysia negara maju.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib berkata pihaknya menyediakan peruntukan hampir RM300 setahun, semata-mata mahu melihat masyarakat dari seawal usia hingga dewasa, celik ilmu.

Katanya,melalui peruntukan besar itu akan disalurkan bagi meningkatkan pecapaian murid-murid dalam peperiksaan awam, pengagihan e-Book, pengaplikasian kelas maya dan peperiksaan, penyediaan peruntukan khas untuk sekolah elit dan premier.


 



Karnival Pendidikan mendapat sambutan daripada murid dan pelajar sekolah.

“Peruntukan lain, pinjaman untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam dan luar negara.

“Melalui usaha itu, kita bersyukur pencapaian dalam semua peringkat peperiksaan awam bagi anak-anak Terengganu sebelum ini, menunjukkan peningkatkan sangat membanggakan.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pendidikan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.

Kira-kira 5,000 pengunjung dijangka hadir pada karnival yang dianjurkan JPNT selama tiga hari, berakhir esok (25 Oktober).

Karnival tahunan itu menghimpunkan pelbagai bentuk kejayaan sekolah dan murid dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Ia merupakan hasil kerja murid yang dipersembahkan melalui koleksi pameran keusahawanan, Konsert Okestra Pendidikan serta pelbagai pesembahan membabitkan pelajar.

Ghazali turut memberitahu,kerajaan amat menitikberatkan bidang pendidikan dan komitmen besar ini bertujuan mengangkat martabat pendidikan dengan melonjakkan pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan awam.

“Hari ini apabila orang bercakap mengenai pendidikan, maka tidak dapat lari dari membayangkan kehebatan negeri Terengganu.

“Agenda ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bidang pendidikan sebagai nilai tambah kepada pelajar,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment