Monday, October 21, 2013

Terengganu Tuan Rumah Hoki Bawah 14 Tahun Peringkat Kebangsaan

Terengganu bakal menjadi tuan rumah kejohanan hoki bawah 14 tahun peringkat kebangsaan awal November ini.

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Sabri Salleh berkata Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) memberi kepercayaan kepada Terengganu untuk mengendali kejohanan memandangkan kejayaannya menganjurkan Sukan Malaysia 2008.


Terengganu pernah menjadi tuan rumah kejohanan pada 2001 dan pernah muncul juara bagi kategori lelaki pada 2005 di Seremban setelah mengalahkan Singapura 4-0.

Beliau berkata pada kejohanan kali ini, dijangka 24 pasukan termasuk 10 pasukan perempuan akan menyertainya, bagaimanapun jumlah sebenar penyertaan akan diketahui selepas pengesahan penyertaan ditutup pada 31 Okt.

Sabri memberitahu Bernama pemain Terengganu kemungkinan besar banyak diwakili pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar.

No comments:

Post a Comment