Sunday, October 20, 2013

Enam Bahagian UMNO Di Terengganu Mendapat Ketua Baharu

Hanya dua penyandang Ketua Bahagian UMNO, iaitu Kemaman dan Setiu kekal.

Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Said di UMNO Bahagian Kemaman dan Ketua Bahagian UMNO Datuk Mohd Jidin Shafie di Setiu yang menewaskan pencabarnya veteran UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Mohd Jidin
Pemilihan UMNO di Trengganu semalam menyaksikan lima muka baru yang menang dalam dalam pertandingan akan menerajui UMNO Bahagian di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.

Sebelum ini diramalkan di UMNO Bahagian Dungun, Marang dan Kuala Nerus akan berlaku persaingan sengit.

UMNO Bahagian Besut lebih awal mendapat ketuanya apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Besut setelah pencabarnya, Adun Jerteh Muhamad Pehimi Yusof menarik diri.

Ahmad Razif
Kejutan ialah apabila untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian di Hulu Terengganu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mengalahkan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tengku Putera yang menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu selama 18 tahun sejak 1995 dan buat kali pertama menghadapi cabaran, terpaksa mengaku kalah.

Bagi UMNO Bahagian Kuala Nerus, penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berada di tempat ketiga pertandingan empat penjuru.

A Latiff Awang
ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman memenangi pertandingan sementara bekasTimbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Datuk Abdul Rahin Mohd Said di tempat kedua, selain ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu, Mohd Shapian Ali berada di tempat tercorot.

Marang mendapat ketua baru apabila penyandang, Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri ditewaskan anak saudaranya sendiri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat negeri A Latiff Awang.

Din Adam
Di Dungun juga menarik apabila percubaan kali kedua oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Din Adam berbaloi apabila menewaskan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.

Bagi UMNO Bahagian Kuala Terengganu pula Datuk Mohd Sabri Alwi menang.

Kerusi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu kosong berikutan keputusan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak mempertahankan jawatan.

Ahmad Said yang menewaskan pencabarnya Mat Dalam Awang dengan majoriti 716 berkata beliau akan memperkemaskan jentera UMNO Bahagian itu i bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang semua kerusi DUN dan Parlimen Kemaman pada pilihanraya umum yang akan datang.

“Saya akan memikul mandat yang diberi oleh perwakilan sebaik mungkin dan merapatkan jurang dalam UMNO Bahagian bagi memantapkan Jentera UMNO dan BN bagi memastikan kita mendapat kemenangan yang lebih besar pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti”, katanya seperti dipetik Teganukita.

No comments:

Post a Comment