“Biarlah, itu biasalah. Kita beri pilihan kepada rakyat. Tidak semestinya ada masalah. Orang mahu bertanding, kita demokrasi.B iarlah, demokrasi kan.. saya tidak kempen pun, kalau hendak pilih.. pilihlah.”
- Datuk Seri Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan sebarang perpecahan dalaman di peringkat Umno Bahagian Kemaman walaupun beliau yang menyandang jawatan ketua bahagian itu bakal dicabar dalam pemilihan parti, 19 Oktober ini.
Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, mana-mana pihak tidak seharusnya mengaitkan bahagian tersebut bermasalah berikutan wujudnya pertandingan melibatkan jawatan ketua Umno bahagian.
Katanya, pemilihan dengan kaedah yang lebih terbuka kali ini memberi peluang kepada mana-mana pihak yang merasakan mereka layak untuk bertanding mana-mana jawatan di pelbagai peringkat.
“Biarlah, itu biasalah. Kita beri pilihan kepada rakyat. Tidak semestinya ada masalah. Orang mahu bertanding, kita demokrasi,” katanya semasa ditemui ketika menziarahi keluarga Allahyarham Mohamad Asmu’i Ali@Awang, 20, yang meninggal akibat dilanggar van pengiring ketika berbasikal dalam kejadian di Pulau Serai, Dungun, kelmarin.
Bagi pemilihan Umno Bahagian Kemaman, Ahmad Said bakal bersaing dengan veteran Umno, Mat Dalam Awang bagi merebut jawatan ketua Umno bahagian itu.
Menteri Besar itu bagaimanapun tidak melihatnya sebagai perkara besar sambil menyifatkan Mat Dalam muncul kembali selepas sekian lama menghilang.
“Dia sudah lama hilang tiba-tiba muncul. Biarlah, demokrasi kan.. saya tidak kempen pun, kalau hendak pilih.. pilihlah,” katanya.
Selain Ketua Umno Bahagian Kemaman, hampir kesemua jawatan ketua Umno di bahagian lain turut memperlihatkan pertandingan kecuali Ketua Umno Bahagian Besut yang menyaksikan Nawi Mohamad menang tanpa bertanding.
No comments:
Post a Comment