Saturday, October 5, 2013

Terengganu Nafi Lantik Ejen Cari Import Baru


Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menafikan mereka melantik ejen untuk mencari pemain import bagi menghadapi saingan Piala Malaysia (Liga M) musim depan.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata pihaknya tidak akan menggunakan saluran ejen sebaliknya pergi sendiri ke sesebuah negara untuk memilih pemain yang benar-benar berkualiti. 

Katanya, pihaknya juga tidak berhasrat menggunakan khidmat ‘orang tengah’ 100 peratus kerana mahu memiliki awang import yang berkualiti dan mampu memberikan impak kepada pasukan.



“Saya bersama beberapa pegawai baru saja pulang dari Croatia dan sudah mengenalpasti empat pemain import dari negara itu yang mana mereka akan datang ke negeri ini bagi menjalani sesi pemilihan.

Buat masa sekarang, kita akan menguji empat pemain dari Croatia. Jika gagal menepati ciri-ciri dikehendaki, kita akan mencari yang lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, Wan Ahmad Nizam menyatakan hasrat mahu mengambil pemain dari Croatia kerana mereka mempunyai ramai pemain yang berbakat dan akan memilih pemain yang terbaik untuk menggantikan Jean-Emmanuel Effa Owana yang ditamatkan kontrak.

BH Online

No comments:

Post a Comment