Saturday, October 12, 2013

Tiga Kerusi Ketua Puteri di Terengganu Sudah Diisi

Tiga daripada lapan kerusi Ketua Puteri UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding selepas pencalonan mereka tidak dicabar.

Mereka ialah Zuraiha Shariza Embong di bahagian Kuala Nerus, Laila Mat Daud (Marang) dan Rozita Ismail (Hulu Terengganu).

Pada pemilihan hari ini, bahagian Kemaman bakal menjadi tumpuan apabila penyandang jawatan itu, Asfalinda Anuar dicabar Naib Ketuanya, Shaheda Jusoh untuk merebut jawatan itu manakala bahagian-bahagian lain menyaksikan pertandingan dua penjuru.

Asfalinda merupakan satu-satunya Ketua Puteri UMNO yang mempertahankan jawatan tersebut manakala tujuh bahagian lagi bakal diisi oleh muka baharu selepas para penyandangnya melepaskan jawatan atas faktor usia.

Mereka ialah Ketua Puteri UMNO Besut, Che Senah Che Sulaiman; Setiu (Rosnari Awang Ngah); Kuala Nerus (Aida Azam); Marang (Marina Endut); Hulu Terengganu (Zarina Abdul Rahman); Dungun (Aziahwati Abdullah) dan Kuala Terengganu (Nordiana Sahfie)

Dalam pada itu, bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO bahagian di negeri ini, tiga daripada lima bahagian menang tanpa bertanding iaitu Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu manakala lima bahagian lagi menyaksikan pertandingan dua penjuru.

No comments:

Post a Comment