Sunday, October 13, 2013

Tiong Lai - Muka Depan The Star 'Sudah Melampau'


"Ia sudah melampau, benar-benar sudah melampau. Ini benar-benar telah menyalahgunakan akhbar." 

Begitulah reaksi Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berang dengan laporan muka depan akhbar milik MCA, The Star, yang memetik Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek merujuk kepada Liow sebagai 'He is weak', 'He is indecisive' dan 'He is not a fighter'.

"Dia (Chua) menggunakan muka depan akhbar itu untuk menyerang saya kerana dendam peribadi.

The Star sepatutnya lebih profesional," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, Tiong Lai berkata, beliau bersimpati dengan keadaan yang The Star terpaksa hadapi di bawah teraju Chua.

"Saya bersimpati dengan kakitangannya yang profesional dan beretika. Telah dipergunakan untuk agenda peribadi adalah sesuatu yang keji. Saya amat bersimpati," katanya.

 Tiong Lai, yang melihat tajuk muka depan akhbar tersebut melalui MMS dari Malaysiakini, kedengaran berang dengan laporan tersebut dan menuduh Chua menggunakan jentera parti untuk menyerangnya menjelang mesyuarat agung luar biasa (EGM) minggu depan.

No comments:

Post a Comment