Sunday, October 13, 2013

Shahrizat, Khairy Kekal Jawatan, Mas Ermieyati Ketua Puteri Baru


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masing-masing mengekalkan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno susulan pemilihan sayap-sayap Umno yang berlangsung semalam.

Kemenangan mereka diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, jam 3.30 pagi ini (13 Oktober 2013).

Beliau turut mengisytiharkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri Umno yang baharu.

Ketika pengumuman itu dibuat, Shahrizat telah memperoleh 100 undi, Khairy 97 undi dan Mas Ermieyati 96 undi, daripada 191 bahagian sayap masing-masing.

Shahrizat mengetepikan cabaran Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman Palestin manakala Khairy mengungguli saingan lima penjuru.

Khairy dicabar Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Mas Ermieyati pula menewaskan Jamilah Hanim Othman.

Bagaimanapun, jumlah undi yang diperoleh mereka yang kalah itu, setakat 3.30 pagi, tidak diumumkan. 

ementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata keputusan rasmi selanjutnya akan diumum melalui siaran media pada Ahad.

"Ada kira-kira 50 bahagian yang belum selesai kiraan undi kerana beberapa sebab, antaranya permintaan supaya undi dikira semula dan masalah teknikal," katanya.

No comments:

Post a Comment