Tuesday, October 8, 2013

Umno Terengganu tampil lapan calon rebut jawatan dalam Umno Pusat

Perhubungan Umno Negeri Terengganu menampilkan lapan calon bagi merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Exco Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Malaysia dalam pemilihan parti itu pada November depan.

Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pengajian Tinggi dan Pelajaran 11, Datuk Seri Idris Jusoh menawarkan diri untuk calon MKT.

Idris ialah Ahli Parlimen Besut merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Besut yang menang tidak bertanding dalam percalonan Umno bahagian itu baru-baru ini.



Manakala Ahmad Shabery, Ahli Parlimen Kemaman juga diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman.

Idris dan Ahmad Shabery merupakan penyandang MKT .

Manakala Bendahari Pergerakan Wanita Perhubungan Terengganu yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Marang (menang tidak bertanding) Senator To’ Puan Zaiton Mohd Amin merupakan calon tunggal dari negeri ini untuk merebut jawatan Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Tiga calon Pemuda iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Setiu,  Iskandar Jaafar; Abdul Aziz Ismail dan Mohd Husaimi Hussin turut menawarkan diri untuk jawatan Exco Pemuda Umno Malaysia.

Manakala dua calon Puteri bagi merebut jawatan Exco Pusat ialah Naib Ketua Pergerakan Puteri Perhubungan Terengganu merangkap Ketua Puteri Bahagian Kemaman, Puan Asfalinda Anuar dan Exco Pergerakan Puteri Terengganu Puan Normadiana Kamaruddin.

Teganukita

No comments:

Post a Comment