Zaitun...Exco Wanita |
Asfalinda |
Iskandar |
Ketua Pergerakan Wanita Umno Marang itu memperoleh 95 undi dari seluruh negara pada pemilihan Umno Sabtu lepas.
"Alhamdulillah kerana kemenangan saya sebagai seorang daripada exco Wanita Malaysia ini membuktikan penghargaan dan kepercayaan yang diberi oleh perwakilan wanita di seluruh negara.
"Sebagai Pengerusi Gerak Prihatin dan Penyayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia, ternyata gerak kerja kami melalui aktiviti kebajikan yang dijalankan diiktiraf mereka," kata Zaiton yang juga Bendahari Pergerakan Wanita Umno Kuala Terengganu.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Setiu Mohd Iskandar Jaafar merupakan wakil tunggal Terengganu yang dipilih dalam barisan 20 exco Pemuda di peringkat pusat.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi memperoleh sokongan daripada 87 bahagian dari seluruh negara.
Mohd Iskandar yang menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Setiu turut mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilihnya untuk jawatan exco Pemuda pusat bagi penggal 2013-2016.
"Oleh kerana saya adalah antara calon exco Pemuda yang berasal dari luar bandar, maka saya menganggap pemilihan saya kali ini adalah sebagai membawa suara pemuda akar umbi ke tahap yang lebih tinggi dan saya akan menjadi penghubung untuk pemuda akar umbi dengan kepimpinan pusat," katanya semalam.
Iskandar yang baharu sahaja dilantik Pengerusi Belia 4B Terengganu baru-baru ini, berkata suara pemuda mesti di dengar dan di fahami pemimpin tertinggi kerana golongan itu adalah penentu masa hadapan negara.
Bagi pergerakan Puteri Umno pula, dua wakil negeri ini tersenarai sebagai antara 20 barisan pemimpin exco Puteri Umno di peringkat pusat untuk penggal 2013-2016.
Mereka ialah calon Ketua Pergerakan Puteri Kuala Terengganu Normardiana Kamaruddin dan calon Ketua Pergerakan Puteri Kemaman Asfalinda Anuar.
Mereka bagaimanapun kalah pada pemilihan jawatan ketua Puteri di kedua-dua bahagian itu.
Asfalinda berkata walaupun tewas di bahagian sendiri, beliau akan tetap menghulurkan sumbangan tenaga, idea dan kreativiti untuk cawangan-cawangan di Kemaman dan kembali merapatkan saf barisan di akar umbi.
Bagi Normardiana pula, beliau menghormati kehendak bahagian yang memilih Nia Notieya Zaharuddin sebagai Ketua Pergerakan Puteri Kuala Terengganu.
"Sebagai wakil Terengganu dalam exco peringkat pusat, kami akan memastikan beliawanis di negeri ini terus mendapat limpahan rahmat dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial hasil usaha Barisan Nasional selama ini dan terus memperbaiki segala ruang kelemahan yang ada," katanya.
No comments:
Post a Comment