Tuesday, November 19, 2013

Festival Antarabangsa Kesenian Islam Terengganu Tampil Keunikan Batik Khat





Festival Antarabangsa Kesenian Islam Terengganu 2013 (TIIAF 2013) menampilkan satu hasil seni yang unik iaitu Batik Khat yang menggabungkan tradisi pembuatan batik Terengganu dengan menggunakan motif tulisan jawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penggabungan hasil seni khat dengan batik adalah satu inovasi baharu dalam seni khat dan ianya jarang dilakukan di mana-mana negara di Nusantara

 "Saya mengucapkan tahniah kepada Taman Tamadun Islam (TTI) kerana memperkenalkan sesuatu yang baharu bagi mengkomersialkan produk-produk yang dihasilkan dari sumber asas khat itu seperti Batik Khat.

"Ini akan menjadikan ia sebahagian daripada khazanah penting negara suatu masa nanti," katanya ketika berucap merasmikan TIIAF 2013 di Dewan Konvensyen TTI di Kyuala Terengganu,  Sabtu.
\
\Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Pusat Penyelidikan Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Islam (IRCICA) Dr Halet Eren dari Turki dan tokoh-tokoh khat dunia Adnan Sheikh Osman dari Syria, Mumtaz Durdu (Turki) dan Ziyad Al Muhandis dari Iraq.

Jamil Khir berkata beliau menyokong hasrat kerajaan negeri dengan persetujuan IRCICA untuk menubuhkan Institut Khaligrafi Antarabangsa Terengganu di TTI sebagai kesinambungan kejayaan menganjurkan TIIAF demi memastikan hasil warisan seni Islam terpelihara dan diurus dengan baik.

Festival edisi ketiga selama tiga hari bermula Jumaat itu mempamerkan pelbagai tulisan seni khat, melalui konsep Memasyarakatkan Tulisan Jawi Dalam Persekitaran Kehidupan.

No comments:

Post a Comment