Tuesday, November 19, 2013

LPP Terengganu Dapat Peruntukan Awal RM1.37 Juta Untuk Pembangunan Pertanian

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu menerima peruntukan awal RM1.37 juta untuk pembangunan pertanian tahun depan.

Timbalan Pengarah LPP negeri Kamaruddin Ngah berkata daripada jumlah itu RM1 juta diguna untuk tanaman padi di luar jelapang yang membabitkan tiga pertubuhan peladang kawasan (PPK) iaitu PPK Setiu, PPK Gerai dan PPK Kerandang.

Bakinya pula untuk pengeluaran pertanian dan membina pusat pengumpulan hasil pertanian di PPK Bukit Diman dan PPK Kerandang, katanya kepada Bernama selepas majlis berkhatan beramai-ramai anak anggota pertubuhan peladang, di Kuala Terengganu, Sabtu.

"Pembinaan pusat pengumpulan ini bertujuan mengatasi masalah orang tengah," katanya.

Beliau berkata pusat pengumpulan di Bukit Diman, Hulu Terengganu itu dijangka siap dan beroperasi awal tahun depan.

Mengulas perkara lain, beliau berkata LPP menyasarkan pengeluaran padi meningkat kepada 6.5 tan metrik sehektar dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding antara empat dan lima tan metrik sekarang. Pada

Pada majlis itu juga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengagihkan zakat berjumlah RM15,000 kepada 100 anggotanya.

No comments:

Post a Comment