Saturday, November 9, 2013

Hari Terbuka ECERDC di Terengganu Hari Ini

Hari Terbuka Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan diadakan hari ini (Sabtu) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Kuala Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John berkata pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk pameran kerjaya, temuduga terbuka, peraduan mewarna dan aktiviti interaktif sains. 

"Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Modenas, iPad mini dan Samsung Galaxy S4...kanak-kanak akan dihiburkan dengan kehadiran maskot Upin dan Ipin serta persembahan Artis Hyper Act," katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu, kelmarin.

Penganjuran Hari Terbuka itu adalah sempena sambutan ulang tahun kelima penubuhan ECERDC dan bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai peranan dan impak positif hasil projek yang dijalankan ECERDC di Terengganu.

Beliau berkata ECERDC telah mengadakan Hari Terbuka di Kelantan, Pahang dan Johor dengan Terengganu sebagai destinasi terakhir.

No comments:

Post a Comment