Saturday, November 9, 2013

PPNT Uji Kilang Pemprosesan Vitato

Jentera pemprosesan ubi keledek vitato di kilang Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) di Kampung Tembila di Besut diuji semalam sebelum beroperasi sepenuhnya awal tahun depan.\

Pengurus besar PPNT Sawalludin Ahmad berkata ujian berjalan dengan baik dan lancar dan diharap kilang yang dibangunkan dengan kos RM5 juta itu menepati sasaran seperti dirancang," katanya.

Beliau berkata kilang tersebut mampu memproses empat tan ubi keledek vitato sehari, untuk pasaran tempatan.

Turut hadir menyaksikan proses ujian jentera itu ialah Pengarah LPP negeri Shamsuddin Mat Rani dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Hasan Jusoh.

Menurut Shawalludin ini merupakan kilang pemprosesan vitato komersil pertama seumpamanya yang dibangunkan oleh PPNT setakat ini.

Beliau berkata tepung vitato boleh menggantikan kebergantungan kepada tepung gandum boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan sama ada untuk makanan atau produk kecantikan.

Katanya kilang tersebut sepatutnya sudah lama beroperasi namun tertangguh atas sebab-sebab teknikal. PPNT sebelum ini membangunkan ladang mini seluas 33.3 hektar untuk tanaman ubu keledek vitato di Rhu Tapai, Setiu.

No comments:

Post a Comment