Thursday, November 21, 2013

Kerajaan Negeri Bakal Bina Terusan di Kemaman

Kerajaan negeri akan membina terusan sepanjang dua kilometer dianggarkan bernilai RM20 juta bermula dari Kampung Kemunting hingga Sungai Bukit Kuang dalam kawasan industri Teluk Kalong, Kemaman. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, projek pembinaan terusan yang bertujuan memudahkan laluan tongkang dalam kawasan industri terbabit bakal bermula pada suku pertama tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Pembinaan terusan itu yang melalui jajaran Sungai Bukit Kuang melibatkan pelebaran dan mendalamkan dasar sungai berkenaan bagi memudahkan operasi sektor industri, khususnya berkaitan besi keluli di kawasan tersebut.

"Mengikut perancangan, terusan itu akan dibina dengan keluasan 150 meter dan kedalaman air lapan meter bagi memudahkan laluan kapal dan tongkang ke kawasan perindustrian.

"Pembinaan terusan itu juga sebagai sebahagian kemudahan yang disediakan kerajaan negeri kepada pelabur dalam industri besi untuk menjimatkan kos pengangkutan bagi mengangkut pelbagai barang ke kilang di kawasan industri itu," katanya.

Beliau menyatakannya  kepada pemberita selepas meninjau Sungai Bukit Kuang yang akan menjadi tapak jajaran pembinaan terusan berkenaan, baru-baru ini

Katanya, beberapa pelabur yang bakal membuka kilang besi di Teluk Kalong menyuarakan kelegaan mereka dengan kemudahan itu.

No comments:

Post a Comment