Seramai 1,997 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing pada istiadat Konvokesyen UiTM ke-79 di kampus Dungun mulai Sabtu ini.
Rektor UiTM Terengganu Prof Madya Dr Abdol Samad Nawi berkata konvokesyen selama tiga hari itu dibahagikan kepada enam sidang dengan sesi pagi bermula 9 pagi manakala sesi petang bermula 2.30 petang.
"Istiadat konvokesyen itu akan dirasmikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad pada 9 pagi, Sabtu ini," katanya kepada Bernama Rabu.
No comments:
Post a Comment