Sultan Ahmad Shah (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-9 Musim 2010-2014 di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam. |
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui ahli majlis FAM pada mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya semalam.
Bagaimanapun beliau berkata, pasukan yang berminat perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan FAM seperti menyenaraikan hanya tiga pemain import untuk beraksi pada satu-satu masa manakala seorang pemain lagi bertindak sebagai pemain simpanan.
“Syarat lain, salah seorang daripada empat pemain import yang mahu didaftarkan itu mesti berasal dari Asia Tenggara, sama ada bertaraf pemain kebangsaan atau pernah bermain dalam liga-liga utama di negara masing-masing.
“Begitu juga bagi pasukan yang berminat mencari pemain import dari benua-benua lain, ia mestilah mematuhi kriteria atau piawaian yang ditetapkan FAM sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu.
Tambah Afandi, biarpun begitu, setiap pasukan bebas membuat pilihan sama ada untuk menggunakan empat pemain import atau tiga pemain pada musim hadapan.
“Rasionalisasi kepada penambahan kuota pemain import itu tidak lain ialah untuk merancakkan arena bola sepak tempatan di samping menarik kehadiran penonton ke stadium.
“Pada masa yang sama, ia juga membolehkan pemain tempatan menimba pengalaman dan ilmu baharu daripada pemain import di samping mampu memantapkan persediaan pasukan yang terpilih untuk mewakili negara dalam cabaran Piala AFC dan sebagainya nanti,” ujarnya.
Ditanya mengenai sama ada FAM akan melanjutkan tarikh akhir pendaftaran pemain import yang ditetapkan pada 4 Disember nanti selepas pengumuman itu, Afandi berkata, ia masih belum diputuskan lagi.
“Setakat ini ia kekal pada 4 Disember dan 17 Disember untuk pemain tempatan. Bagaimanapun kita akan mengkajinya, jika ada ruang dan keperluan, berkemungkinan besar tempoh itu akan dilanjutkan ke tarikh baharu,” katanya.
No comments:
Post a Comment