Monday, November 25, 2013

Hilang Nyawa Angkara Cinta Janda?

Angkara berebut cinta seorang janda, dua sahabat bermusuh dan kemuncaknya seorang daripada mereka mati ditikam bertubi-tubi di depan sebuah rumah di Kampung Nara di Pasir Puteh kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang, Mohd. Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini selepas terkena beberapa tikaman dari rusuk kiri sehingga ke kaki.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang baru selesai mengutip bakul kuih dan makanan di warung-warung di sekitar kampung tersebut telah pergi ke rumah kenalannya, Mohd. Zaihan Mohd. Zaid, 25, di Kampung Nara untuk berbual-bual seperti biasa.

Mohd Kamal Zainal berkata, Mohd Azizi Abdul Razak meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

"Mangsa ditikam bertalu-talu di rusuk, pinggang dan bahagian kaki dalam pergaduhan pada kira-kira 6 petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Pada mulanya, mangsa ditikam di rusuk kiri ketika bertengkar dengan suspek dalam sebuah kereta setelah beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.

Sejurus keluar dari kereta sambil diikuti suspek, Mohd Azizi jatuh dan berlaku pergelutan dengan suspek hingga beliau ditikam bertalu-talu.

Mohd Kamal berkata, polis telah mengenal pasti suspek yang berusia 38 tahun dan sedang mengesannya. 

Sementara itu, isteri mangsa, Zailiah Shafie, 39, ketika ditemui di hospital itu berkata, kali terakhir beliau menemui suaminya ialah 10 minit sebelum kejadian.

Beliau tidak menyangka pesanan supaya menjaga tiga anak mereka dan menyiapkan rumah yang sedang dibina adalah perbualan terakhirnya dengan suami.

Anak mangsa, Mohd Amer Farhan, 15, yang menuntut dalam Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumbuh berkata, beliau sempat berbual dengan bapanya ketika menonton televisyen di rumah mereka kira-kira 3 petang semalam.

"Saya tidak tahu bagaimana nasib kami sekeluarga selepas kematian bapa," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

No comments:

Post a Comment