Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad wushu negara yang berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga Kejohanan Wushu Dunia ke-12 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras yang berakhir kelmarin.
"Tahniah," kata Najib di laman Twitter.
Pada kejohanan kali ini, Malaysia meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa, sekaligus memperbaiki pencapaian ketika edisi kelapan di Hanoi, Vietnam pada 2005 dengan empat pingat emas, dua perak dan empat gangsa.
Kejohanan Wushu Dunia ke-12 menyaksikan China terus unggul selaku kuasa acara berkenaan dengan mengumpul 17 pingat emas dan satu perak, diikuti Iran dengan tujuh pingat emas dan tiga gangsa.
No comments:
Post a Comment