Thursday, November 14, 2013
Norfarhan TInggalkan Kelantan ke T-Team, Tidak Jadi Ke JDT
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)menawarkan gaji paling tinggi yang pernah ditawarkan kepada mana-mana pemain tempatan dalam pasukan itu dalam usaha KAFA mengekalkan pemain tengah, Mohd Norfarhan Muhammad, daripada berhijrah ke pasukan lain.
"Namun beliau memilih untuk ke Terengganu (T-Team)...kita berpuas hati dengan segala usaha yang telah dilakukan dan menghormati pilihannya," demikian ditegaskan oleh Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam satu entri Facebooknya.
Norfarhan sebelum ini dikhabarkan memilih untuk menyarung jersi bersama kelab Johor Darul Takzim (Johor DT), namun memutuskan untuk beraksi bersama kelab dari negeri kelahirannya, T-Team pada saat-akhir.
'
Bintang tengah Kelantan itu pada mulanya bersetuju untuk menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan, bagaimanapun membatalkan hasratnya.
Norfarhan, yang menjadi tonggan penting Red Warriors ketika muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim ini memberi alasan peribadi dan keluarga sebagai sebab utama dia tidak dapat berhijrah ke selatan tanah air.
Perkara tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan kelmarin, selepas menerima permohonan rasmi daripada pemain itu untuk minta dilepaskan.
Norfarhan sebelum ini sudah menandatangani perjanjian untuk menyertai skuad Harimau Selatan, malah namanya juga sudah berada dalam senarai pemain pasukan Johor DT bagi musim 2014.
"Oleh kerana polisi PBNJ yang hanya fokus kepada pemain yang benar-benar ingin berbakti kepada pasukan merah biru.
"Dengan ini, PBNJ mengucapkan selamat maju jaya kepada Norfarhan dengan pasukan pilihannya," kata kenyataan itu. Pemain kelahiran Terengganu berusia 28 tahun itu juga antara lapan tonggak utama The Red Warriors yang sebelum dilepaskan oleh KAFA musim depan.
Red Worriors terus dirundung episod duka selepas pemain importnya, Dickson Nwakaeme, sah meninggalkan Kelantan pada musim depan selepas KAFA gagal memenuhi tuntutan gaji pemain itu.
Annuar berkata persatuan itu bersetuju untuk melepaskan penyerang dari Lagos, Nigeria itu yang menuntut gaji melebihi RM1 juta sebagai imbuhan untuk terus beraksi bersama 'The Red Warriors' pada musim hadapan.
"Saya bersetuju melepaskan Dickson yang mahukan gaji berganda (berbanding musim ini) yang melebihi RM1 juta. Bagaimanapun, pemain yang bijak menggelecek dan mampu mengucar-kacir barisan pertahanan lawan bakal diganti dengan pemain yang mempunyai rekod penyudahan yang baik," kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya semalam.
Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mendapat tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab di Eropah. Annuar berkata walaupun ramai yang beranggapan kualiti Kelantan sebagai juara treble pada 2012 akan merosot selepas kehilangan sebilangan besar tonggak pemainnya, beliau akan memastikan Kelantan terus mengekalkan kredibiliti pasukan itu sebagai antara yang digeruni dalam negara ini.
"Ada yang beranggapan dengan ramai pemain Kelantan termasuk Dickson dan ketua jurulatih, Bojan Hodak sudah tiada, maka hancurlah The Red Warriors. Yang hendak keluar, kita tak dapat halangnya namun tidak semestinya kita ranap begitu sahaja.
"Saya akan umumkan 22 pemain Kelantan 2014 dalam sedikit masa lagi sementara menunggu beberapa kontrak dimuktamadkan," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Kelantan bakal kehilangan lapan pemain tonggaknya iaitu Mohd Norfarhan Mohammad, Indra Putra Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Mohd Rizal Fahmi Rosid, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Izuan Solahuddin, yang akan berhijrah ke beberapa pasukan lain.
elain itu, KAFA turut kehilangan pengendali berbakat dari Croatia, Bojan Hodak yang memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama persatuan itu pada musim hadapan dan mengambil bekas jurulatih Perak, Steve Darby bagi mengisi kekosongan tersebut.
No comments:
Post a Comment