Tuesday, November 19, 2013

Pelajar Tahun 5 Ditemui Lemas

Seorang pelajar tahun lima yang dilaporkan hilang di Loji Air Sungai Pinang sejak dua hari lepas ditemui lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superitendan Che Suza Che Hitam berkata, mayat Mohd Shafie Mohd Amin, 11, ditemui pukul 9 pagi ini oleh pasukan penyelamat.

"Operasi mencari mangsa melibatkan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terapung berhampiran lokasi dia dilaporkan lemas," katanya.

Che Suza berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. Sabtu lepas Mohd Shafie dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kemaman ketika memancing di loji air berkenaan.

Dalam kejadian 3.30 petang itu mangsa bersama rakannya berusia 21 tahun berada di dalam bot gentian kaca sebelum bot berkenaan terbalik dan kedua-duanya terjatuh ke dalam sungai.

Bagaimanapun rakan mangsa berjaya berenang menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus sungai yang deras.

No comments:

Post a Comment