Monday, November 11, 2013

Penguatkuasaan Di Alam Siber Perlukan Kerjasama Bersepadu - Jailani

Penguatkuasaan di alam siber bukan hanya terletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), sebaliknya ia memerlukan kerjasama bersepadu daripada pelbagai agensi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata antara agensi terlibat ialah polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mempunyai kuasa di bawah akta masing-masing untuk mengambil tindakan.

Beliau berkata sebagai contoh jika kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan media cetak, agensi yang berperanan untuk bertindak ialah KDN.

"Sebagai pengguna, apabila melihat sesuatu perkara yang berbau negatif, mereka dinasihat membuat laporan sama ada kepada polis, KDN, JAKIM atau sebagainya," katanya ketika ditanya berhubung kes Alex Tan yang dilapor mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina agama Islam di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis Idul Ilmi Sekolah Kebangsaan Kuala Ping di Kuala Berang, semalam.

No comments:

Post a Comment