Monday, November 11, 2013

Kolokium Peradaban Melayu Pesisir Wilayah Timur Di UMT Khamis Ini

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur akan mengadakan Kolokium Peradaban Melayu Pesisir Wilayah Timur di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Khamis ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai kolokium itu boleh menghubungi urusetia program Zainal Abidin Mohd Zin di talian 09-7414903 atau emel di alamat zainalabidin@dbp.gov.my.

Pengarah DBP Wilayah Timur Azmi Ibrahim berkata program yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pembangunan Sosial, UMT itu bertujuan menjana pemikiran intelektual dalam menghayati dan menilai kembali kegiatan arkeologi maritim masyarakat Melayu di pantai timur.

"Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentang oleh tokoh arkeologi dari universiti tempatan dan kami menyasarkan 300 penyertaan daripada pelbagai agensi termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dari negeri pantai timur," katanya.

Beliau berkata Kolokium Peradaban Melayu Pesisir Wilayah Timur itu adalah rentetan daripada tiga kolokium yang pernah diadakan sebelum ini iaitu pada tahun 2001, 2003 dan 2005 di Kelantan dan Terengganu.


No comments:

Post a Comment