Tuesday, November 12, 2013

PPNT anjur Persidangan Pengendalian Ekopelancongan

Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) akan menganjurkan Persidangan Pengendalian Eko Pelancongan dan Marin Pelancongan Antarabangsa keempat (TEMCO ke-4) selama dua hari di Hotel Primula, di Kuala Terengganu bermula 18 November ini.

PPNT dalam kenyataan di Kuala Terengganu, kelmarin memberitahu, acara itu bertujuan memberi ruang kepada peserta berkongsi idea yang praktikal dan penyelesaian yang boleh memberi perubahan positif kepada sektor terbabit.

"Selain memperkasakan sektor pelancongan, program ini juga memberi peluang kepada komuniti mengenal pasti ruang bagi membolehkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi berasaskan pelancongan.


"Persidangan ini akan disertai penggiat industri pelancongan, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan, pemandu pelancong, pelajar dan tenaga pengajar institusi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang terlibat dalam industri ini," demikian menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, acara tersebut akan diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia manakala majlis perasmian dijangka disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. d

No comments:

Post a Comment