Baginda bertitah, kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait rapat dengan akidah, umat Islam pula sewajarnya bersikap tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama Islam.
Baginda bertitah demikian ketika pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Turut berkenan berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Sambutan Maal Hijrah pada kali ini membawa tema `Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh qari jemputan dan diikuti dengan ucapan Menteri Besar.
Sebaik selesai ucapan Menteri Besar, Tuanku Mizan smenyampaikan titah ucapan dan melancarkan sambutan Maal Hijrah tahun 1435.
Majlis kemudiannya disusuli dengan persembahan nasyid dan penyampaian anugerah kepada Tokoh Maal Hijrah serta pelbagai anugerah bersempena kedatangan hari penting dalam sejarah Islam itu.
Titah Baginda, isu penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab melibatkan isu siasah syar’iyyah dan pihak kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam.
“Dalam keadaan di mana umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menangkis kedaulatan Islam sebagai agama persekutuan, kita perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama,” titah baginda.“Sesungguhnya perkara ini wajar diberi perhatian yang serius oleh semua pihak, dalam menjaga umat Islam daripada dicemari dengan dengan anasir yang boleh menganggu gugat kesucian Islam, seterusnya mengawal kestabilan dan keharmonian negera.
“Beta ingin menegaskan kepada rakyat supaya tidak terjebak dengan ajaran syiah dan ia selaras dengan fatwa Terengganu.
“Penerbitan dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan pelbagai perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam diharamkan,” titah baginda.
No comments:
Post a Comment