Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntukkan RM19 juta untuk Tabung Pembangunan Usaha niaga Peladang.
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang LPP Md Salim Sulaiman berkata program yang bermula 2011 itu bertujuan membantu usahawan Bumiputera membesarkan kapasiti perniagaan mereka.
Beliau berkata sehingga kini LPP telah membangunkan lebih 400 usahawan melalui program ini dengan nilai pembiayaan maksimum RM100,000 seorang dengan tempoh bayaran balik selama tiga tahun," katanya kepada pemberita.
LPP diharapkan dapat membiayai lebih ramai usahawan peladang khususnya yang terlibat dalam bahan makanan, melalui program ini, kata Md Salim pada sambutan hari inovasi LPP Terengganu di Kuala Terengganu 1 November lalu.
Menurutnya di Terengganu, LPP telah melahirkan 50 orang usahawan peladang dengan nilai pinjaman lebih RM2 juta tahun.
Pada majlis itu, LPP turut melancarkan direktori buku usahawan peladang Terengganu yang menyenaraikan 87 usahawan berpendapatan RM3,000 sebulan.
"Kita harap LPP akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan berpendapatan RM3,000 sebulan di Terengganu pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata untuk seluruh Malaysia, terdapat lebih 900 usahawan peladang berjaya memperoleh berpendapatan lebih RM3,000 sebulan.
Md Salim berkata LPP akan terus memberikan perhatian dalam usaha melahirkan usahawan berpendapatan RM3,000 sebulan di seluruh negara.
Dalam perkembangan lain beliau berkata LPP akan menggalakkan lebih ramai golongan muda termasuk siswazah untuk menyertai sektor pertanian.
"Kita akan cuba kikis persepsi yang mengatakan pertanian ini tidak memberi pulangan yang baik dan tidak mempunyai masa depan," katanya.
No comments:
Post a Comment